Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus memberikan kepercayaan kepada *Maju Reflexology Services* 💛 Kami amat menghargai sokongan anda yang hadir mendapatkan perkhidmatan daripada *juru terapis OKU penglihatan* yang berpengalaman, terlatih dan bersijil.
Setiap urutan dilakukan dengan penuh perhatian dan sentuhan yang membantu melegakan ketegangan tubuh serta menyegarkan semula minda dan fizikal anda.
Antara servis yang ditawarkan:
💆♂️ Urutan satu badan
👣 Refleksologi kaki
👐 Urutan bahu, pinggang & kepala
🔥 *Sport massage* – sesuai untuk anda yang aktif bersukan
Kami beroperasi dalam suasana yang tenang, bersih, dan menjaga privasi pelanggan. Lokasi kami strategik di *Bandar Seri Permaisuri, Cheras* dan telah dikunjungi pelanggan tempatan serta pelancong dari dalam dan luar negara.
Sambutan yang diterima sejak pembukaan sangat menggalakkan, dan kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap sesi urutan.
🕙 *Waktu operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam*
✨ Sentuhan ikhlas, kelegaan sebenar.
#MajuReflexology #UrutanCheras #SupportOKU #UrutanKL #SportMassage #Refleksologi #MassageMalaysia