Maju Reflexology Services merupakan pusat refleksologi profesional yang diusahakan oleh terapi OKU penglihatan yang berpengalaman dan terlatih. Kami komited memberikan pengalaman yang selesa, tenang dan memuaskan kepada setiap pelanggan yang hadir.
Terletak di Bandar Sri Pemaisuri, Cheras, lokasi kami mudah diakses dan sesuai untuk anda yang mencari tempat urutan berkualiti di sekitar Kuala Lumpur. Dengan suasana yang privasi, bersih dan menenangkan, setiap sesi direka untuk membantu melegakan keletihan badan, mengurangkan tekanan harian serta mengembalikan kesegaran diri.
Keistimewaan kami terletak pada kepekaan sentuhan terapi yang mahir, dengan fokus kepada titik refleks yang tepat untuk keselesaan maksimum. Kami menerima pelanggan lelaki dan wanita dengan layanan mesra serta servis yang konsisten berkualiti tinggi.
Waktu operasi:
Setiap hari: 11:00 pagi – 10:00 malam
(Jumaat: 3:00 petang – 10:00 malam)
Tempahan awal amat digalakkan bagi memastikan slot anda terjamin.
📍 Alamat:
24-1, Jalan Sri Pemaisuri 9,
Bandar Sri Pemaisuri,
56000 Kuala Lumpur
“Sentuhan penuh kepekaan, kelegaan yang anda rasai.”