Apakah penyebab panau?
Panau disebabkan oleh sejenis kumpulan kulat yang dipanggil ‘Malassezia’ (sebelum ini turut dikenali sebagai ‘Pityrosporum’).
Jenis yang sering ditemui pada kulit manusia yang berpanau termasuklah ‘Malassezia globosa’, ‘Malassezia furfur’, ‘Malassezia obtuse’, dan beberapa lagi.
Perlu diketahui bahawa kumpulan kulat ini merupakan sejenis flora kulit yang normal (normal flora) yang biasa wujud pada kulit manusia. Namun begitu, ia tidak semestinya akan menyebabkan panau melainkan kerana beberapa faktor.
Kulat ‘Malassezia’ banyak ditemui pada bahagian kulit yang tinggi pengeluaran sebum (bahagian kulit yang berminyak).
Paling kerap ditemui ialah panau di bahagian dada dan belakang. Bahagian lain pula termasuklah muka dan kulit kepala.
#klinikmazzahra #klinikkulit #klinikpakar #skinclinic #panau #kualalumpur