SEBORRHEIC KERATOSIS = JERAGAT TIMBUL = KUTIL
adalah pertumbuhan kulit yang biasa ditemui pada orang dewasa, disebabkan peningkatan usia.
Jerawat timbul cenderung untuk terjadi di kawasan muka dan badan dan sering kelihatan tidak sedap dipandang, menyebabkan ramai yang mendapatkan rawatan.
Digelar dengan mesra sebagai KUTIL atau JERAGAT TIMBUL (aka Seborrhoeic keratosis) ialah ketumbuhan kulit yang tidak berbahaya yang biasa terjadi apabila kita meningkat usia. Jeragat timbul tidak disebabkan oleh jangkitan virus. Ia adalah pertumbuhan kulit yang tidak berbahaya pada lapisan atas kulit (epidermis).
PUNCA JERAGAT TIMBUL
Tanda penuaan ekstrinsik dan mungkin dikaitkan dengan pendedahan UV yang kronik. Walaupun hipotesis virus telah dikemukakan, ia tidak dapat dibuktikan dengan jelas dalam kajian terkini.
BAGAIMANA RUPA JERAGAT?
Jeragat timbul cenderung tertumpu pada muka, leher, lengan dan kawasan badan. Jeragat timbul yang tumbuh perlahan-lahan berbentuk bulat hingga bujur dengan permukaan kasar dan kelihatan melekat pada kulit. Dalam sesetengah kes, mereka boleh muncul secara tiba-tiba.
Pada peringkat awal kelihatan pucat atau berwarna coklat muda, dan ia akan menjadi semakin gelap selama bertahun-tahun. Ini mungkin membimbangkan sesetengah pesakit tentang kanser kulit, apabila mereka melihat perubahan dalam warna dan saiz jeragat timbul. ia mungkin menyebabkan kerengsaan kulit, tetapi kebanyakan pesakit mengadu bahawa jeragat timbul kelihatan tidak menarik