Alahan boleh dicetuskan oleh pelbagai jenis alergen. Antara alergen yang lazim ialah:
Hama habuk
Debunga
Racun serangga
Bulu atau kulit haiwan peliharaan
Makanan seperti susu, kekacang, makanan laut, gluten dan telur
Kulat
Getah
Secara amnya, reaksi alahan bermula pada kawasan kulit atau sistem gastrousus pesakit.
Selalunya, reaksi alahan akan berlaku secara serta-merta sejurus selepas pesakit tersentuh atau terhidu sebarang alergen. Namun, ada juga yang mula menunjukkan simptom selepas beberapa hari.
Tetapi, bagaimanakah ia berlaku? Untuk pengetahuan anda, alahan boleh terjadi jika:
Anda terhidu alergen tersebut.
Anda terima sebarang suntikan.
Anda tersentuh alergen tersebut.
Antara simptom lazim alahan adalah:
Bersin.
Hidung berair atau tersumbat.
Mata yang gatal-gatal, merah atau berair.
Selalu batuk-batuk.
Ruam yang merah dan gatal.
Simptom asma atau ekzema yang semakin teruk.
Anafilaksis merupakan satu kecemasan yang boleh membawa maut. Mereka yang mengalami anafilaksis selalunya akan mengalami simptom seperti:
Pengsan.
Tekanan darah menurun.
Sesak nafas.
Naik ruam pada kulit.
Rasa hendak pitam.
Denyutan nadi yang lemah.
Loya dan muntah-muntah.
Rawatan alergi mungkin bergantung kepada jenis alahan yang pesakit alami. Walau bagaimanapun, ada 4 strategi lazim untuk menangani alergi.
#klinikkulit #skinclinic #klinikkulitkualalumpur #allergen #alergik #klinikmazzahra